Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA(UiTM) Melaka - September 2020


UiTM Melaka bermula pada Ogos 1984 di bangunan sementara di Institut Kemahiran MARA (IKM) di Jalan Hang Tuah. Pada permulaan jumlah hanya 32 orang kakitangan sokongan dan 5 orang Pensyarah. Jumlah pelajar pertama ketika itu seramai 158 orang sahaja dan kursus yang ditawarkan adalah Diploma Pentadbiran Awam (DPA), Diploma Pengajian Perniagaan (DBS), Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Sains Kesetiausahaan (DSS).

Januari 1994 mula berpindah ke Kampus tetap di Lendu, Alor Gajah. Keluasan Kampus 358.2 ekar dan 26 Km dari Bandar Melaka. Pada 2 Mei 1996 Kampus UiTM Melaka (ITM Melaka ketika itu) telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Mahathir Mohamad. Tanggal 26 Ogos 1999, Perdana Menteri Malaysia telah mengistiharkan ITM dinaikan taraf kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Dari 1984 sehingga kini UiTM Melaka telah diterajui oleh 7 orang Pengarah. UiTM Melaka berkembang pesat dengan pertambahan pelajar melepasi 6,500 orang. Dibantu dengan 283 kakitangan sokongan dan 460 orang pensyarah. Sebahagian daripada pensyarah-pensyarah ini mengajar di kedua-dua kampus.




Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UiTM seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa(PTFT)
Kewangan 
Pengurusan
Tamadun Islam
Falsafah Islam
Pendidikan Islam
Komunikasi Dakwah
Ekonomi Miamalah Islam
Matematik
Perhubungan Awam
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab
Bahasa Mandarin
Pengurusan Pelancongan
Financial Accounting

Maklumat Permohonan
Nama Majikan : Universiti Teknologi MARA(UiTM) cawangan Melaka
Taraf Jawatan : Tetap/Kontrak
Penempatan : Melaka
Kelayakan : Ijazah
Tarikh Tutup Permohonan : 28 September 2020(Isnin)




Syarat & Kelayakan

1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau badan-badan Berkanun mestilah melalui ketua jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini.

3. Setiap permohonan mestilah disertakan bersama Salinan dokumen berikut yang telah disahkan:
  • Kad Pengenalan
  • Sijil SRP/PMR, SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
  • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik/Terperinci)
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
  • Slinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
  • Salinan Kelayakan Pengiktirafan Kelayakan Akademik (MQA)

4. Nama Jawatan/Bidang & Fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul permohonan.

5. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak melalui majikan tidak akan diproses.

6. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

7. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

8. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM Cawangan Melaka.




Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

2. Borang Perjawatan UiTM Caw. Melaka boleh diperolehi di Pejabat Am, Bahagian
Pentadbiran, UiTM Caw. Melaka Kampus Alor Gajah. Borang boleh juga dimuat turun di
laman web UiTM Melaka https://melaka.uitm.edu.my/v2/.

3. Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
UiTM CAWANGAN MELAKA
KAMPUS ALOR GAJAH
KM 26, JALAN LENDU
78000 ALOR GAJAH
MELAKA
NO TEL : 06-5582000 / 2438 / 2700

4. Maklumat lanjut jawatan Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT) sila ketik di sini.

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 September 2020(Isnin)

Mohon Sini