Jawatan Kosong di Mercy Malaysia (MERCY) - Oktober 2020


Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (lebih dikenali sebagai MERCY Malaysia) adalah sebuah organisasi bukan untung yang memberi bantuan perubatan, pembangunan kesihatan dan pengurangan risiko bencana yang mampan untuk masyarakat yang memerlukan dalam situasi krisis dan bukan krisis.

Sebagai sebuah pertubuhan bukan keuntungan, MERCY Malaysia bergantung semata-mata kepada pembiayaan dan sumbangan daripada organisasi dan individu yang murah hati untuk meneruskan perkhidmatan mereka untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada penerima, sama ada di Malaysia dan luar negara.

Pertubuhan ini didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan (1966) di Malaysia, dan ibu pejabat mereka terletak di ibu negara di Kuala Lumpur.




Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di MERCY seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong MERCY

1. Communication Assistant

Maklumat Permohonan
Nama Majikan: Mercy Malaysia (MERCY)
Lokasi Kekosongan: Kuala Lumpur - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kelulusan Minimum: Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Tetap
Tarikh Tutup Permohonan: 9 Oktober 2020 (Jumaat)



Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)

Cara Memohon

1. Permohonan adalah secara online melalui portal permohonan kerja Jobstreet.

2.Untuk memohon sila daftar masuk(login) atau jika anda belum mendaftar sebagai perncari kerja,sila daftar terlebih dahulu.

3. Untuk melihat maklumat jawatansila buat carian majikan "Mercy Malaysia" di portal berkenaan.

4. Sila lengkapkan borang permohnan online dengan maklumat yang betul dan pastikan anda memenuhi syarat kelayakan(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan.


Maklumat Tambahan

1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan, permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Sila ke link di bawah bagi mendapatkan maklumat penuh syarat kelayakan dan cara untuk memohon.
      4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Oktober 2020 (Jumaat)

      5. Butir-butir jawatan kosong di MERCY - sila ketik di sini.