Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) - September 2020


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ialah sebuah badan berkanun di Malaysia. MAIWP telah ditubuhkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. MAIWP juga bertanggungjawab kepada Labuan dan Putrajaya selepas masing-masing diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001.

Penubuhannya bertujuan membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berhubung dengan hal ehwal agama Islam sebagaimana yang diperuntukkan oleh Seksyen 31 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di MAIWP seperti berikut:



Maklumat Jawatan Kosong MAIWP

Jawatan yang ditawarkan 

1. Pembantu Pegawai Latihan(Kejuruteraan Elektrik) E19 - MAIWP Kuala Lumpur
2. Jurutera J41 - MAIWP Labuan
3. Pegawai tadbir N41 - MAIWP Labuan


Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Lokasi Kekosongan: Kuala Lumpur/Labuan
Kelulusan Minimum: Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 26 September 2020 (Sabtu)



Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui portal rasmi http://ejawatan.maiwp.gov.my yang juga boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.




6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 26 September 2020 (Sabtu)

9. Maklumat lanjut jawatan kosong di MAIWP, sila ketik di sini.

Mohon Sini