Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) - Oktober 2020


Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mempunyai visi untuk menjadikan Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia dan bagi mencapai visi berkenaan, LADA akan menggerakkan pelaksanaan pembangunan industri pelancongan di Langkawi yang memberi manfaat kepada masyarakat, negeri dan negara melalui perancangan yang strategik serta tadbir urus yang berkesan

LADA komited menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan terkemuka di dunia serta mensejahterakan penduduk Langkawi melalui sistem penyampaian dan tadbir urus yang cekap dan berkesan. Kepuasan pelanggan akan sentiasa ditingkatkan melalui pematuhan kepada keperluan-keperluan dan penambahbaikan berterusan Sistem Pengurusan Kualiti.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di LADA seperti berikut:



Maklumat Jawatan Kosong LADA
Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Penterjemah


Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) 
  • Lokasi Kekosongan: Kedah Darul Aman
  • Kelulusan Minimum: Diploma/Ijazah
  • Status Pelantikan: Contract For Service
  • Tarikh Tutup Permohonan: 8 Oktober 2020(Khamis)


Syarat & Kelayakan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
  • tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  •  Atau
  • Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
  • tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2. Mempunyai pengalaman dalam bidang terjemahan dwi bahasa seperti berikut :
  • Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu; dan
  • Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris.
(Bagi pengisian di Unit Khidmat Korporat. Keutamaan akan diberi kepada calon yang
mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman dalam bidang
terjemahan dwi bahasa)

3. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara Memohon

1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi LADA
  • Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis (PENTERJEMAH) di sebelah kiri sampul surat. 
  • Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:-
 Ketua Pegawai Eksekutif
 Lembaga Pembangunan Langkawi
 Tingkat 3, Kompleks LADA
 Jalan Persiaran Putra
 07000 Kuah, Langkawi
 KEDAH DARUL AMAN
 (u.p. Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan) 

2. Bersama-sama dengan permohonan anda, sila sertakan maklumat dan dokumen berikut :
  •   Resume
  •   Gambar Berukuran passport
  •   Salinan sijil dan dokumen berkaitan(perlu disahkan)
  •   Salinan kad pengenalan
  •   Email dan no tel untuk dihubungi
  •   Dan lain-lain maklumat yang berkaitan
3. Pastikan anda telah mengikut syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan


Maklumat Tambahan

1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Sila ke link dibawah untuk memohon.

4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 8 Oktober 2020(Khamis)

5. Maklumat lanjut jawatan kosong di LADA sila ketik di sini.

Muat Turun SINI