Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) - September 2020


Sejarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) adalah rentetan penubuhan Balai Seni Lukis Negara (BSLN) bermula bilamana idea penubuhannya mula dikemukakan sejak tahun 1954 hingga 1956 oleh Majlis Kesenian Persekutuan (Malaya Arts Council) yang ditunjangi oleh Mubin Sheppard (kini Tan Sri) dan Frank Sullivan.

Sebagaimana Laporan Tahunan BSLN 1974 – 1975 dan Laporan Tahunan Muzium Seni Negara 1979, Lembaga Amanah BSLN dibentuk pada 3 Jun 1958. Pada 27 Ogos 1958, sebuah bangunan dua tingkat yang terletak di No. 109, Jalan Ampang, Kuala Lumpur – bersebelahan bangunan parlimen pertama Malaysia (waktu itu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu)– telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi menempatkan dengan rasminya institusi Balai Seni Lukis Negara (BSLN).

Ordinan untuk menubuhkan Lembaga Amanah BSLN dimaktubkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada tahun 1959 melalui Akta 516: Akta Balai Seni Lukis Negara 1959.



Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di LPSVN seperti berikut:


Maklumat Jawatan Kosong LPSVN

1. Latihan Industri & Praktikal


Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN)
  • Lokasi Kekosongan: Kuala Lumpur
  • Kelulusan Minimum: Diploma/Ijazah
  • Status Pelantikan: Kontrak
  • Tarikh Tutup Permohonan: Terbuka 2020




Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 

Cara Memohon

1. Sediakan surat permohonan yang mengandungi;
  • Tarikh mula latihan dan tempoh latihan
  • Biodata pelajar
  • Surat sokongan falkuti / jabatan
2. Permohonan hendaklah dibuat sebelum 1 bulan dari tarikh mula latihan.

3. Keutamaan bidang latihan yang ditawarkan adalah yang berkaitan dengan seni tampak. Lain-lain bidang seperti IT, pengurusan, kewangan dan lain-lain akan dipertimbangkan.

4. Surat Permohonan hendaklah di hantar ke :
Lembaga Pembangunan seni Visual Negara
No.2,Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak, 
53200,Kuala Lumpur 
(UP:Cawangan Sumber Manusia)

5. Pastikan anda telah mengikuti syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan



Maklumat Tambahan

1. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga

2. Untuk mendapatkan maklumat penuh syarat kelayakan dan cara untuk memohon - ketik sini