Jawatan Kosong di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) - September 2020


Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) merupakan sebuah jabatan kerajaan yang dipertanggung jawabkan untuk mengurus hal ehwal Orang Asli di Malaysia. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) adalah merupakan nama baru bagi menggantikan nama lama iaitu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) melalui proses penjenamaan semula yang berkuatkuasa penggunaannya mulai 15 Januari 2011.

Matlamat utama Jabatan Kemajuan Orang Asli adalah bagi melaksanakan pendekatan pembangunan secara menyeluruh; melibatkan pembangunan sosioekonomi, pendidikan, kesihatan, dan pembangunan modal insan secara terancang dan berterusan. Ia bertujuan bagi mencapai objektif peningkatan pendapatan, memperluas kemudahan prasarana dan ameniti sosial, tahap kesejahteraan hidup yang lebih berkualiti, dengan harapan ia akan melahirkan generasi baru yang berpendidikan dan dinamik.

JAKOA juga memberi penekanan terhadap pemeliharaan warisan dan budaya masyarakat Orang Asli di seluruh Malaysia.

JAKOA kini sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

1. Mempunyai keterampilan yang baik;
2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
3. Mempunyai bakat kepimpinan;
4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
5. Mempunya kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.




Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di JAKOA seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong JAKOA
Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Penolong Jurutera Gred JA29
2. Penolong Akauntan Gred W29

Maklumat Permohonan
  • Nama Majikan: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
  • Lokasi Kekosongan: Perak/Kedah/Johor/Kuala Lumpur
  • Kelulusan Minimum: Diploma
  • Status Pelantikan: PSH
  • Tarikh Tutup Permohonan: 25 & 28 September 2020


Syarat & Kelayakan

Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan


Cara Memohon

1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi JAKOA
  • Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat di bawah :
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Orang Asli
(Kementerian Pembangunan Luar Bandar)
Tingkat 20, West Block, Wisma Golden Eagle Realty,
142-C, Jalan Ampang
50548 KUALA LUMPUR
(u.p.: Puan Siti Nurazira Binti Sahhudin)
Tel: 03-216140577 ext 231
Emel : siti.nurazira@jakoa.gov.my

2. Bersama-sama dengan permohonan anda, sila sertakan maklumat dan dokumen berikut :
  •   Resume
  •   Gambar Berukuran passport
  •   Salinan sijil dan dokumen berkaitan(perlu disahkan)
  •   Salinan kad pengenalan
  •   Email dan no tel untuk dihubungi
  •   Dan lain-lain maklumat yang berkaitan
3. Pastikan anda telah mengikut syarat(rujuk iklan Jawatan Kosong Penolong Akauntan W29 dan Jawatan Kosong Penolong Jurutera JA29) yang diberikan sebelum menghantar permohonan





Maklumat Tambahan
1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Sila ke link dibawah untuk memohon.

4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 25 & 28 September 2020