Jawatan Kosong di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) - September 2020



Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah diwujudkan dengan jawatan Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

JANM bermula dari satu bangunan pejabat yang kecil bertempat di Bangunan Life Insurance Corporation of India di persimpangan Jalan Melaka dan Jalan Tun Perak (Mountbatten Road). Pejabat ini kemudiannya ditempatkan di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, dan seterusnya beroperasi di Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kini, JANM beroperasi di Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.



Sejak beberapa dekad yang lalu, peranan dan fungsi JANM telah mengalami beberapa perubahan selaras dengan perkembangan sektor awam. Pada masa ini, JANM terdiri daripada 8 bahagian setelah Bahagian Kumpulan Amanah Pencen diperbadankan sebagai badan berkanun di bawah Akta Wang Kumpulan Persaraan 2007 (Akta 662) berkuat kuasa 1 Mac 2007.

JANM kini sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

1. Mempunyai keterampilan yang baik;
2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
3. Mempunyai bakat kepimpinan;
4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
5. Mempunya kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di JANM seperti berikut:


Maklumat Jawatan Kosong JANM 

Jawatan Yang Ditawarkan:
Jawatan : Penolong Pegawai Sistem Maklumat FA29 (PSH)

Maklumat Permohonan

Nama Majikan : Jabatan Akauntan Negara
Kelayakan : Diploma
Penempatan : Pahang Darul Makmur
Tarikh Tutup Permohonan : 25 September 2020 (Jumaat)



Syarat & Kelayakan

Syarat lantikan dan deskripsi tugas – ketik di sini.

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah menggunakan borang khas JANM(K)1/2008 yang boleh diperolehi di Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang.

2. Isi borang JANM(K)1/2008 dengan lengkap setelah meneliti panduan dalam borang berkenaaan.

3. Permohonan yang menggunakan borang selain dari JANM(K)1/2008 akan ditolak.

4. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan berikut;
  • Permohonan akan ditolak jika;
  • Tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan.
  • Tidak lengkap atau tidak terang
  • Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan
  • Tidak ditulis nombor kad pengenalan.
  • Tidak diturunkan tandatangan

5. Borang yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat;

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang
Tingkat 1, Wisma Persekutuan
Jalan Gambut
25594 Kuantan
Pahang



6. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

7. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 25 September 2020 (Jumaat)

8. Maklumat lanjut jawatan kosong di JANM sila ketik di sini.

Muat Turun SINI