Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) (Inggeris: Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI)) ialah sebuah badan berkanun yang diamanah untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian dan industri asas tani di Malaysia. Ia ditubuhkan di bawah Akta MARDI (1969).
Usaha penyelidikan MARDI selama hampir 40 tahun telah menghasilkan pelbagai varieti dan klon tanaman baru, baka ternakan baru dan kaedah pengurusannya. Teknologi terkini telah juga dihasilkan dalam bidang pemprosesan makanan dan pengendalian lepas tuai bagi produk hortikultur dan ternakan.
Teknologi ICT dimanfaatkan dalam pengurusan dan pengendalian ladang seperti teknologi pertanian tepat bagi tanaman padi serta penganggaran hasil tanaman menerusi teknik pengimejan. Teknik-teknik baru juga dimajukan untuk pengurusan alam sekitar dan sumber pertanian terutamanya air, tanah dan sumber genetik dengan lebih cekap.
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di MARDI seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong MARDI
1. Penolong Pegawai Penyelidik
Maklumat Permohonan
- Nama Majikan: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
- Lokasi Kekosongan: Pendang, Kedah Darul Aman
- Kelulusan Minimum: STPM/Diploma
- Status Pelantikan: Contract For Services (CFS)
- Tempoh Perkhidmatan: 1 Tahun
- Tarikh Tutup Permohonan: 15 September 2020(Selasa)
Syarat & Kelayakan
Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
- Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
Cara Memohon
1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
- Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat di SINI
- Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat di bawah :
Pengarah ,
Pusat Penyelidikan Padi dan Beras
Ibu Pejabat MARDI Serdang,
Persiaran MARDI - UPM
43400 Serdang, Selangor
(u.p: Pn. Norita binti Idris)
Pusat Penyelidikan Padi dan Beras
Ibu Pejabat MARDI Serdang,
Persiaran MARDI - UPM
43400 Serdang, Selangor
(u.p: Pn. Norita binti Idris)
- Resume
- Gambar Berukuran passport
- Salinan sijil dan dokumen berkaitan(perlu disahkan)
- Salinan kad pengenalan
- Email dan no tel untuk dihubungi
- Dan lain-lain maklumat yang berkaitan
Maklumat Tambahan
1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.
3. Sila ke link dibawah untuk memohon.
4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 15 September 2020(Selasa)