Jawatan Kosong di Dewan Bahasa Pustaka (DBP) - September 2020


Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)atau nama asalnya Balai Pustaka ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Pada 22 Jun 2006, Dewan Bahasa dan Pustaka menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-50. Sempena ulang tahun tersebut Pos Malaysia melancarkan setem kenang-kenangan ulang tahun ke-50 Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menampilkan denominasi setem bernilai 50 sen (dua rekaan) dan seringgit (RM1).

Matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) ialah:
  • Untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi;
  • Untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;
  • Untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;
  • Untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan;
  • Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul;
  • Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.



Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di DBP seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong DBP

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
2. Pegawai Tadbir N41
3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
4. Penolong Perancang Bahasa S29
5. Juruteknik Komputer Gred FT19
6. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
7. Pembantu Operasi Gred N11
8. Pengawal Keselamatan Gred KP11


Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Dewan Bahasa Pustaka (DBP)
  • Lokasi Kekosongan: Kuala Lumpur
  • Kelulusan Minimum: PMR/SPM/Diploma/Ijazah
  • Status Pelantikan: Tetap
  • Tarikh Tutup Permohonan: 24 September 2020(Khamis)


Syarat & Kelayakan

Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan

Cara Memohon

1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi DBP
  • Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat di bawah :
Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
(u.p.: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

2. Bersama-sama dengan permohonan anda, sila sertakan maklumat dan dokumen berikut :
  •   Resume
  •   Gambar Berukuran passport
  •   Salinan sijil dan dokumen berkaitan(perlu disahkan)
  •   Salinan kad pengenalan
  •   Email dan no tel untuk dihubungi
  •   Dan lain-lain maklumat yang berkaitan
3. Pastikan anda telah mengikut syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan



Maklumat Tambahan

1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Sila ke link dibawah untuk memohon.

4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 24 September 2020(Khamis)

5. Maklumat lanjut jawatan kosong di DBP sila ketik di sini.

MOHON SINI