Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - September 2020


Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah bermula sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera di samping menyediakan kemudahan penyelidikan untuk pensyarah.

Mulai Jun 1996, kampus ini telah diiktiraf (secara dalaman UPM) sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor (designate).

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 5 Mei 1999 telah bersetuju meluluskan cadangan penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) berasaskan Pusat Perikanan dan Sains Samudera Universiti Putra Malaysia di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.


Perintah Kolej Universiti Terengganu (Perbadanan) 1999 (PUA 292) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 26 Julai 1999. KUT adalah Kampus Bersekutu UPM dan pelajar akan dikurniakan ijazah dari UPM. KUT telah diberi kuasa autonomi sebagai Kolej Universiti Terengganu pada 1 Mei 2001.

Pada 1 Julai 2001 KUT dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia dengan singkatan KUSTEM.

Pada 1 Februari 2007, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) telah dinaiktarafkan kepada universiti penuh dan dijenamakan semula dengan nama Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UMT seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong UMT

Jawatan yang ditawarkan 

1. Kurator
2. Pegawai Hal Ehwal Islam
3. Pegawai Keselamatan
4. Pegawai Penyelidik Sosial
5. Pegawai Teknologi Maklumat (Pembangunan Sistem)
6. Jurupulih Perubatan
7. Pemandu Kenderaaan (Pusat Komunikasi Strategik (PKS) Putrajaya)
8. Pembantu Belia dan Sukan(Pelayaran)
9. Penolong Kurator
10. Penolong Pegawai Sains
11. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat(Pembangunan Sistem)


Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Lokasi Kekosongan: Terengganu Darul Iman
Kelulusan Minimum: Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 5 September 2020 (Sabtu)



Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui Portal Permohonan Kerja UMT yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 5 September 2020 (Sabtu)

9. Maklumat lanjut jawatan kosong di UMT, sila ketik di sini.


Mohon Sini