Jawatan Kosong di Universiti Malaya(UM)- Ogos 2020


Universiti Malaya (UM) ialah universiti yang pertama dan tertua ditubuhkan di Malaysia.Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar.Pada tahun 2020, Universiti Malaya adalah universiti yang ke-59 terbaik di dunia.

Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (Singapura) (ditubuhkan pada 1928). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962.

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UM seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong UM

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Pensyarah Universiti

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Universiti Malaya
  • Lokasi Kekosongan: Kuala Lumpur
  • Kelulusan Minimum: PHD
  • Tarikh Tutup Permohonan: 14 Ogos 2020 (Jumaat)

Syarat & Kelayakan

1. Peluang terbuka kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia,
  • Berumur tidak melebihi 50 tahun pada tarikh tutup iklan,
  • Kelayakan minima Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang penyelidikan Tenaga Kuasa (Power Energy) atau dalam bidang-bidang yang berkaitan.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman penyelidikan dalam bidang Tenaga Kuasa / Bidang Berkaitan,
  • Mempunyai hasil penerbitan teknikal berwasit (ISI) yang berimpak tinggi dalam bidang Tenaga Kuasa / Bidang Berkaitan,
  • Mempunyai pengalaman mengajar dengan rekod pengajaran dan pembelajaran yang baik.
2. Selain itu, calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:
  • Ciri-ciri kepimpinan dan berdedikasi, dan
  • Kecemerlangan sahsiah diri

Cara Memohon

  1. Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan dan mengembalikan Dua Borang Permohonan (asal) lengkap bersama-sama dengan senarai dokumen lampiran yang dikehendaki.
  2. Salinan sijil-sijil akademik, transkrip dan dokumen berkaitan hendaklah disahkan terlebih dahulu.
  3. Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
  4. Baca maklumat penuh jawatan kosong UM di SINI


ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
UM Power Energy Dedicated Advanced Centre (UMPEDAC)
Tingkat 4, Wisma R&D,
Universiti Malaya,
Jalan Pantai Baharu, 59990
Kuala Lumpur
Tel: +603-2246 3246

Tarikh Buka Iklan: 27 Julai 2020 (Isnin)
Tarikh Tutup Iklan: 14 OGOS 2020 (Jumaat)

Muat Turun SINI