Jawatan Kosong di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) - September 2020


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) merupakan salah sebuah universiti yang agak selalu diperkatakan di dunia Islam. Hal ini demikian kerana antara tujuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan ialah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi. Maka tidak hairanlah sebahagian daripada kos permulaan UIAM ini ditaja oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan beberapa negara Islam.

Cadangan untuk menubuhkan universiti ini lahir pada awal tahun 1982, apabila Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk merancang dan menubuhkan Universiti Islam di Malaysia. Setelah dipersetujui kabinet, UIAM telah ditubuhkan secara rasmi pada 10 Mei 1983. Presiden pertamanya, Tun Hussein Onn telah dilantik pada 16 September tahun yang sama.

Kampus induk UIAM seluas 700 ekar terletak di Gombak, Selangor. UIAM juga mempunyai dua kampus cawangan di Kuantan dan juga Pagoh. Pusat Asasi UIAM terletak di Gambang, Pahang. UIAM mempunyai 13 buah kulliyyah (fakulti) dan 12 pusat kecemerlangan.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UIAM seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong UIAM

Jawatan yang ditawarkan 

1. Nurse U29 - Tarikh Tutup: 31 Disember 2020
2. Nurse U41 - Tarikh Tutup: 4 September 2020
3. Engineer J41 - Tarikh Tutup: 7 September 2020
4. Assistant Engineer A29 - Tarikh Tutup: 7 September 2020
5. Accounting Assistant W19 - Tarikh Tutup: 8 September 2020
6. Assistant Account W29 - Tarikh Tutup: 8 September 2020

Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Universiti Islam Antarabangsa(UIAM)
Lokasi Kekosongan: Selangor/Pahang
Kelulusan Minimum: Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 4/7/8 September 2020 (Isnin) & 31 Disember 2020


Syarat & Kelayakan

1. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan Nurse U29 – ketik di sini.

2. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan Nurse U41 – ketik di sini.

3. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan Engineer J41 – ketik di sini.

4. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan Assistant Engineer A29 – ketik di sini.

5. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan Accounting Assistant W19 – ketik di sini.

6. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan Assistant Account W29 – ketik di sini.

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui Portal Permohonan Kerja UIAM yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.



8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 4/7/8 September 2020 (Isnin) & 31 Disember 2020

9. Maklumat lanjut jawatan kosong di UIAM, sila ketik di sini.

Mohon Sini