Jawatan Kosong di Majlis Amanah Rakyat(MARA) - Ogos 2020


Pada tahun 1953, Rural Industrial Development Authority (RIDA) ditubuhkan oleh penjajah British setelah mendapat kritikan pemimpin Melayu seperti Sultan Idris dari Perak. RIDA bermaksud Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan. Pada tahun 1965 pula Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur mendesak agar ekonomi Melayu diperkukuhkan. RIDA didapati tidak berkemampuan dan tidak berkesan.Justeru, RIDA disusun semula dan ditukar nama kepada MARA.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia. MARA dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi.


MARA kini sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

1. Mempunyai keterampilan yang baik;
2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
3. Mempunyai bakat kepimpinan;
4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
5. Mempunya kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di MARA seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong MARA

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Pegawai Latihan Vokasional

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Majlis Amanah Rakyat(MARA)
  • Lokasi Kekosongan: Pelbagai Negeri
  • Kelulusan Minimum: Ijazah
  • Tangga Gaji : RM2,322.00 - RM9,463.00
  • Status Pelantikan: Kontrak
  • Tarikh Tutup Permohonan: 20 Ogos 2020(Khamis)



Syarat & Kelayakan

Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan


Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui Portal Permohonan Kerja MARA yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.


6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 20 Ogos 2020.

9. Maklumat lanjut menggenai jawatan kosong di MARA - sila ketik SINI


Mohon Sini