Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN; juga dikenali sebagai HASiL) adalah salah satu agensi utama memungut hasil di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia diperbadankan pada 1 Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Lembaga Hasil Dalam Negeri ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.
Agensi ini bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran cukai langsung di bawah akta berikut:
- Akta Cukai Pendapatan 1967
- Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967
- Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
- Akta Penggalakan Pelaburan 1986
- Akta Setem 1949
- Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990
- Akta insurans 1963
- Akta insurans (pindaan)1983
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di LHDN seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong LHDN
Jawatan yang ditawarkan1. Penolong Eksekutif Hasil(Penaksiran)
2. Penolong Eksekutif Hasil(Pentadbirsan)
3. Penolong Eksekutif Hasil(Perakaunan)
4. Penolong Eksekutif Hasil(Kejuruteraan)
Maklumat Permohonan
Nama Majikan: Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL)Lokasi Kekosongan: Akan Diberitahu
Kelulusan Minimum: Diploma
Status Pelantikan: Tetap
Tarikh Tutup Permohonan: 28 Ogos 2020 (Jumaat)
Syarat & Kelayakan
Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
- Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)
Cara Memohon
1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui Portal Permohonan Kerja LHDN yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.
6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 28 Ogos 2020 (Jumaat)
8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 28 Ogos 2020 (Jumaat)
9. Maklumat lanjut jawatan kosong di LHDN, sila ketik di sini.
10. Sebarang permasalahan / pertanyaan, sila emailkan kepada kerjaya@hasil.gov.my disertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda
10. Sebarang permasalahan / pertanyaan, sila emailkan kepada kerjaya@hasil.gov.my disertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda