Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor(SPAJ) - Julai 2020


Sejarah Perkhidmatan Awam Negeri Johor sebenarnya telah wujud sejak era pemerintahan Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (1855-1862). Baginda yang memerintah Johor pada ketika itu telah mewujudkan jawatan Pesuruhjaya Muar dan Endau. Tugas utama jawatan ini adalah untuk membantu baginda di dalam urusan pentadbiran dan kewangan negeri Johor.

Selepas perisytiharan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895, Sultan Ibrahim telah membentuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor dengan pelantikan pegawai-pegawai baru pada tahun 1895.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor(SPAJ) ditubuhkan berdasarkan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri Tahun 1959 dan tertakluk kepada Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan. 

Loading...
Pengerusi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor dilantik dengan perkenan DYMM Sultan Johor. Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor 1959 telah melalui beberapa pindaan bagi menyesuaikannya dengan keadaan semasa serta sejajar dengan kemajuan dan pemodenan negara.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di SPAJ seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong SPAJ

Jawatan Yang Ditawarkan:

Jawatan : PEGAWAI TADBIR GRED N41 
Lokasi: Johor Darul Takzim
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Gaji: RM2,080.00 - RM9,546.00

Loading...

Syarat & Kelayakan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan kosong di hendaklah dibuat secara on-line di johorcareer atau melalui portal SPA.

2. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan jawatan. Sila layari laman web http://johorcareer.johor.gov.my untuk membuat pendaftaran baru.

3. Calon-calon yang telah mendaftarkan sebelum ini boleh mengemaskini butiran berkaitan. Permohonan jawatan berkaitan boleh dibuat di laman web https://www.spa.gov.my/spa/

Loading...
4. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

5. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 29 Julai 2020 (Rabu)

6. Maklumat lanjut jawatan kosong di SPAJ, sila ketik di sini.

Mohon Sini