Jawatan Kosong di Yayasan Perak - Julai 2020


Yayasan Perak ditubuhkan pada 12 Julai 1979 mengikut Enakmen  Yayasan Perak Bil. 2 tahun 1979. Enakmen asal ini telah dipinda dan digantikan dengan Enakmen Yayasan Perak Bil. 6 Tahun 1994 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 29 Ogos 1994. Di peringkat awal penubuhan Yayasan Perak, ianya telah diuruskan oleh seorang pegawai di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak secara sambilan.

Mulai Julai 1984, Y.A.B. Menteri Besar telah mengarahkan supaya Yayasan Perak ditadbir dan diuruskan secara sepenuh masa. Dengan itu, jawatan Pengurus Besar dan kakitangannya diwujudkan dan Yayasan Perak mula mempunyai pejabat sendiri. Pada awalnya Yayasan Perak telah menyewa bilik di Bangunan Seri Kinta dan telah beroperasi di situ selama dua tahun. Kemudian Yayasan Perak telah berpindah ke bangunannya sendiri di Wisma Yayasan Perak di Jalan Sultan Idris Shah pada tahun 1986 sehingga ke hari ini

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Perak seperti berikut:

Jawatan yang ditawarkan :

1. Pengurus Pembangunan Sosial Gred 41


Maklumat Jawatan Kosong Yayasan Perak

Nama Majikan : Yayasan Perak
Kelayakan : Ijazah
Gaji : RM1,908.45 - RM5,466.95
Penempatan : Perak Darul Ridzuan
Tarikh Tutup Permohonan : 24 Julai 2020(Jumaat)


Syarat & Kelayakan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila ketik SINI.
Cara Memohon

Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi Yayasan Perak
  • Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat email di bawah :
Unit Sumber Manusia
Yayasan Perak,
Tingkat 1, Wisma Yayasan perak
No 111, Jalan Sultan Idris Shah
30000 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

  • Bersama-sama dengan permohonan anda, sila sertakan maklumat dan dokumen berikut :
  1.   Resume
  2.   Gambar Berukuran passport
  3.   Salinan sijil dan dokumen berkaitan(perlu disahkan)
  4.   Salinan kad pengenalan
  5.   Email dan no tel untuk dihubungi
  6.   Dan lain-lain maklumat yang berkaitan
  • Pastikan anda telah mengikut syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan

Maklumat Tambahan

  • Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
  • Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.
  • Sila ke link dibawah untuk memohon.
  • Tarikh tutup permohonan adalah seawal 24 Julai 2020 (Jumaat)
  • Maklumat lanjut jawatan kosong di Yayasan Perak,sila ketik di sini.

Mohon Sini