Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Melaka(KUIM) - Ogos 2020


Kolej Universiti Islam Melaka atau lebih dikenali sebagai KUIM merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi milik penuh Kerajaan Negeri Melaka yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Usaha Kerajaan Negeri yang komited dalam memacu kecemerlangan pendidikan seiring dengan matlamatMelaka Maju 2010 maka KUIM telah dinaik taraf menjadi Kolej Universiti pada 1 Julai 2009 oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 


Dahulunya KUIM dikenali sebagai Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) telah membuat satu anjakan paradigma dalam memperkenalkan wadah baru pendidikan, iaitu kombinasi bidang pengajian Islam diintegrasikan dengan bidang sains dan diterapkan dengan disiplin psikologi seiringan.

KUIM kini sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

1. Mempunyai keterampilan yang baik;
2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
3. Mempunyai bakat kepimpinan;
4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
5. Mempunya kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di KUIM seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong KUIM

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Pensyarah Tahfiz Wal Qiraat DG41

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Kolej Universiti Islam Melaka(KUIM)
  • Lokasi Kekosongan: Melaka
  • Kelulusan Minimum: Ijazah
  • Tarikh Tutup Permohonan: 05 Ogos 2020(Rabu)

Syarat & Kelayakan

Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan

Cara Memohon

Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi KUIM
  • Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat di bawah :
PENDAFTAR
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
BATU 28, KUALA SUNGAI BARU
78200 MELAKA
(U/P: UNIT PERJAWATAN)

Bersama-sama dengan permohonan anda, sila sertakan maklumat dan dokumen berikut :
  •   Resume
  •   Gambar Berukuran passport
  •   Salinan sijil dan dokumen berkaitan(perlu disahkan)
  •   Salinan kad pengenalan
  •   Email dan no tel untuk dihubungi
  •   Dan lain-lain maklumat yang berkaitan
Pastikan anda telah mengikut syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan

Maklumat Tambahan

  1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
  2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.
  3. Sila ke link dibawah untuk memohon.
  4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 05 Ogos 2020 (Rabu)
  5. Maklumat lanjut jawatan kosong di KUIM sila ketik di sini.

Muat turun SINI